Call Us:+60197606979
Instaappointment Image

WINDSHIELD SCREEN MAINTENANCE TIPS

Home  /  tips  /  WINDSHIELD SCREEN MAINTENANCE TIPS

WINDSHIELD SCREEN MAINTENANCE TIPS

[TIPS PENJAGAAN CERMIN KERETA]

 

"Prevention is better than cure"
1. Parking kereta di bawah bumbung – sekiranya anda di dalam situasi yang membolehkan anda parking kereta anda di bawah bumbung, sila lakukannya. Parking kereta di kawasan yang terlindung mampu mengelak cermin kereta anda daripada pelbagai situasi buruk. Situasi seperti batu, dahan kayu yang jatuh boleh merosakkan cermin kereta anda. Begitu juga daun dan juga najis burung yang melekat lama di cermin dan sukar dibersihkan.

 

2. Ketika memandu, jarakkan kereta anda dari kereta dihadapan anda terutama ketika melalui kawasan 'construction' atau jalan berpasir/berbatu. Jika terlalu rapat, ada kemungkinan batu-batu kecil dan halus yang berterbangan dek tayar kereta di hadapan anda mampu merosakkan cermin kereta.

 

3. Pastikan wiper kereta anda dalam keadaan baik. Wiper yang sudah keras bilahnya, mampu merosakkan atau mencalarkan cermin kereta anda. Lagi lama anda menggunakan wiper yang sudah rosak, lagi teruk kerosakan yang akan menimpa cermin kereta anda. Kerosakan ini kekal.

 

4. Pastikan anda kerap mencuci bilah wiper anda. Gunakan pencuci yang sesuai. Air mampu membersih habuk di wiper tetapi bukan kesan-kesan yang lain seperti gris,minyak dan sebagainya.

 

5. Jangan hempas pintu kereta terlalu kuat. Getaran dari pintu kereta mampu menyebabkan cermin kereta retak.

 

~Rasa susah nak cari parking berbumbung? Wiper dah berbunyi?
http://www.youtube.com/watch?v=AL4hA8svq80&feature=youtu.be

Jangan risau!!


RAINFENCE

 

1- Menjadikan cermin anda kalis air ( mcm cermin kapal terbang )
2- Melindungi cermin kereta dari watermark/waterstain/waterspot
3- Pandangan tetap jelas ketika memandu walau dlm hujan lebat
4- Tahan lama – hingga 3 bulan
5- Tidak hilang walau dicuci dengan sabun
6- Setiap botol mengandungi kandungan yang cukup untuk guna selama setahun
7- Melindungi cermin dari kesan daripada kotoran seperti daun kering, najis burung dan lain-lain
8- Menutup lubang-lubang mikroskopik dicermin
9- WIper tidak lagi berbunyi


Comments are closed.